Want your
own Fotopage?










 
it's about my pfoto n my broken english : Hakim Hj Hamim

By: hakim hjhamim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 19-Aug-2008 19:24 Email | Share | | Bookmark
Convocation Mooooooodss......

Last year pict. (Maybe lah!)
UnEdited Version - Aku Tengah Malas!!!!





NI nak bagi sket semangat kepada student-student yang da rasa malas nak blajar tuh...
Kamon!! U can do it... Abai kan politik semasa!!
Masa depan korang lagi penting dari jawatan orang tinggi yang korang agung-agungkan tuh!!!
Tgk macam brader nih.. Dah abis study, baru join politik.
Tapi tak la buta-buta dia join berpolitik..
Dia study dulu. Baca apape yang patut. Tarbik r kat lu brader Dink!!!


Huhuh.. Actually, aku kehilangan touch dlm wedding nih..
Argh..!! Aku tak tau apa da jadik nih...
Come On!!! Arghhh!!!!!

Most recent comments... (In posting order)
Re: Thanks for the comment.
actually dh tau byak yg kurang dlam gmbar 2.
tp lg bgus klau bro bgtau ape yg kurang.
mne tau aku bley improve...
kn? hehe.
Wed 20-Aug-2008 04:18
Posted by:firdaus firdausnet@gmail.com  - [Link]
ahaha... Thu 28-Aug-2008 17:52
Posted by:hakimhh


Monday, 18-Aug-2008 19:04 Email | Share | | Bookmark
Current Crappy Shot














Most recent comments... (In posting order)
NGKO MMG KREATIP LAA
SMART BEB!
Wed 24-Sep-2008 05:10
Posted by:aie  - [Link]


Thursday, 24-Jul-2008 10:23 Email | Share | | Bookmark
Malaysia Flora Fest 2008

aj3ksilv3rhair wrote:
Assalamualaikum suma.





Posted by Aj3k in PhotoSchool. At first, tak la exited sangat sangat dengan event nih.. (tak excited langsung pun sebenarnya)
Sudahnya, aku lagi laju dari c Aj3k ni shoot gambar kat Danga Bay. Datang 2,3 hari shoot preparation diorang pulak tuh..
Uhuhuhu... FYI, event ni membabitkan kedatangan beberapa VVIP seperti, DYMM Agong dan Permaisuri, DYMM Sultan Johor, PM, TPM, MB Johor. Nak bikin gempak portfiolio? Inilah masanya...
Actually, bukan pasal dalam collection ada gambar VIP jer, ramai org yang akan datang kat sini, ini la peluang mencari calon pilihan ibu bapa... Yeah!
Muahahaha!! So, below is the pict that i shoot with Mr. Otai Tenno during the preparation

----


Erk!! Nanti dulu!


Ei, ada panau pulak...


Meh aku tolong sapukan ubat panau..

----


Bomoh bunga sedang menjampi serapah dalam cubaannya menaikkan seri kereta berhias tanpa perlu memandikannya..

----


Hok jantan ke hok tino nih...


Hok jantan kena duduk sini... Ieh...

----

All pictures were taken during preparation of the Malaysia Flora Fest 2008. Gambar di atas adalah gambar-gambar yang di ambil ketila mereka semua sedang menyiapkan kereta berhias untuk perarakan nanti. Minor editing only.. Ketika mengambil gambar ini semua, saya cuba untuk mencabar diri untuk mengambil gambar tanpa menggunakan lampu denyar - tapi hampeh...!! Takda maknanya... Muhahahaha!!! Flash direct jugak!! Ada la certain gambar yang dapat amik tanpa lampu denyar... Boleh la....

Most recent comments... (In posting order)
mne pic aku yg gampang tuh huhu =) Thu 31-Jul-2008 01:00
Posted by:mardhiah mydea_88@yahoo.com
wteverpon event success even though x brape success ahaha... Thu 31-Jul-2008 01:01
Posted by:mardhiah mydea_88@yahoo.com


Monday, 23-Jun-2008 04:18 Email | Share | | Bookmark
Peta - Penunjuk Arah Ke Good Hope Hotel, Skudai.

Map 1




Map 2




Map 3




Map 4




Map 5



SESI TERBUKA TENTANG PENGIRAAN KOS & FOTOGRAFI PERKAHWINAN MASA KINI

TARIKH : 01 JULAI 2008
HARI : SELASA
MASA : 8.30 MALAM – 11.00 MALAM
TEMPAT : HOTEL GOOD HOPE, SKUDAI.
BAYARAN : RM 35.00 per head ( Nota, Tea-Break + Snek, Sewa Ruang )
PENYAMPAI JEMPUTAN : EN.SAIFUL NANG (Candidsyndrome)


TERBUKA KEPADA SEMUA JURUFOTO PERKAHWINAN ATAU INDIVIDU/KUMPULAN YANG INGIN MENCEBURI BIDANG FOTOGRAFI PERKAHWINAN MELAYU DI NEGERI JOHOR.

( mana2 individu di luar kawasan JOHOR yang ingin turut serta, amatlah di alu-alukan. )


Jemputan ini bertujuan untuk berkongsi kepada semua jurufoto perkahwinan mengenai pengiraan kos serta menyentuh beberapa aspek dalam perniagaan fotografi agar lebih efisyen serta berada pada piawaian terkini. Antara topik yang akan diutarakan ialah seperti berikut :


1. Pengiraan Kos Fotografi & Harga Semasa
2. Peluang Bisnes Fotografi Sepenuh Masa vs Gaji (Separuh Masa)
3. Pelaburan dan Strategi Perniagaan Fotografi Perkahwinan
4. Memilih/Menilai Peringkat Pelanggan & Mendidik Pelanggan
5. Identiti (Trademark) Dalam Fotografi Perkahwinan
6. Harga Pakej vs Harga Rol
7. Pemasaran menerusi penjenamaan & teknologi (Internet)
8. Peranan & Tanggungjawab bersama anda sebagai jurufoto perkahwinan serta persatuan jurufoto perkahwinan


Topik-topik ini akan disampaikan oleh beberapa orang jurufoto yang akan berkongsi tips, idea, pengalaman dan ilmu perniagaan fotografi perkahwinan.
Menyentuh realiti bidang fotografi perkahwinan terkini untuk panduan bersama bagi merubah kerjaya fotografi perkahwinan ke tahap yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Kami menjemput anda untuk membuka minda bersama kami kerana anda juga jurufoto perkahwinan seperti kami.


Sebarang pertanyaan berkaitan sila hubungi :
Saudara Rushdi @ DIDIZ - 017-7550658


DENGAN KERJASAMA BERSAMA ;
CAPTUREPIX’S STUDIO | FOTOKAHWIN.COM | ART CREATIVE |
www.capturepixs.com.my | www.fotokahwin.com | www.artcreative.com.my |

hensem aa ko.. kekeke.. Tue 1-Jul-2008 02:06
Posted by:Azmeir Zaki azmeir@gmail.com  - [Link]
Aku menchik dia!..kena aku dibenci sebegini rupa hehehehhe Tue 1-Jul-2008 13:26
Posted by:archiprez
Hakim... dah ader ibook baru... biler mau update gambau... Wed 16-Jul-2008 01:23
Posted by:Ahmad (AMD ZONE Photography)  - [Link]
View all 9 comments


Sunday, 22-Jun-2008 04:48 Email | Share | | Bookmark
Aku Dan Kemerepekan Ku Minggu Ini

Sabtu, 21 Jun 2008 ; Senai, Johor








Kemengarutan Ngarut Ngarut!!


Most recent comments... (In posting order)
gambar2 ko banyak improve la bagus Wed 25-Jun-2008 06:50
Posted by:khusyairi curve.studio@gmail.com  - [Link]
gambar2 ko banyak improve la bagus Wed 25-Jun-2008 06:50
Posted by:khusyairi curve.studio@gmail.com  - [Link]


Sunday, 15-Jun-2008 11:41 Email | Share | | Bookmark
Recent! Recent! Recent!

Shahromi & Heizura; Sijangkang










The Making





Heliana & Izwan





F.R.I.E.N.D.S









Wallpaper


Raiha Fadhwa Ronyzain



Nur Iyliana Hj Alias

Most recent comments... (In posting order)
ops..entry kali ni sy org pertama comment..erm, bila bc FP awk ni dpt sy simpulkan dan rumuskan awk sorang yg bercita2 n semangat tinggi..sy suka org muda yg mcm ni..mcm idola awk gak SN, bermulanya dia dr watak picisan kemudiannya satu nama besar dlm arena photography..so awk pun bkemungkinan bsr leh jd cam dia gak..all the best to u!! Thu 19-Jun-2008 06:18
Posted by:zetty ii_zetty@yahoo.com  - [Link]


Wednesday, 4-Jun-2008 13:57 Email | Share | | Bookmark
Recent Job









Aku malas nak type sebab bengang minyak naik kaw2

Most recent comments... (In posting order)
heheh... gambo lame nih kim! mane latest wedding lu tu bro?
kasi up la barang 4-5 keping...
hurmm.. cantek angel tuuuuuuu
Wed 4-Jun-2008 17:15
Posted by:AyeEN2 ayeen2@gmail.com  - [Link]
Fotowarung will organize a fototalk on 29th June 2008 (sunday) at Kelab Tasik Putrajaya. Space limited to 40 persons only.

The speakers are:
Bazuki Muhammad - Reuters
Che Ahmad Azhar (Che Mat) - MMU
Syefry Moniz - Utusan Press

Kindly visit http://fotowarung.bazuki.com for more details

Thanks.
Wed 11-Jun-2008 07:19
Posted by:mizie + amy = damia  - [Link]
ayeen: yolah... nnt aku hapdet!

m+a=d: thx for da info. insyaallah...
Wed 11-Jun-2008 20:38
Posted by:Owner FP


Tuesday, 20-May-2008 20:24 Email | Share | | Bookmark
AKU BENCI

Aku merasa benci pada saat ini..
saat aku melihat satu gambar yang menyakitkan hati aku. aku geram.
saat aku melihat gambar itu, aku terlihat orang yang menyakitkat hati aku dan ibu ku.
saat aku melihat gambar itu, baru ku tahu, gambar itu di ambil oleh seseorang yang pernah aku beri tunjuk ajar.


Semalam, aku mengajar seseorang untuk orang itu mengurang ajar dengan aku hari ini.
Hari ini aku belajar agar tidak lagi mengajar orang agar aku tidak lagi di kurang ajar.

Aku telah mengajar seseorang untuk dia mengambil beberapa keping gambar yang cukup menyakitkan hati aku. Cukup untuk menghancurkan lagi hati aku.

Hari ini hati aku kini berubah menjadi batu. Batu itu penuh api. Api yang penuh dengan dendam kesumat. Namun, aku akan jadikan dendam itu berubah menjadi azam dan azimat agar aku dan perniagaan ku terus maju untuk aku menutup segala tomahan dan kata-kata nista yang telah mereka lemparkan kepada ku

Hari esok, aku berjanji, aku tidak lagi mengajar mereka yang naif tentang fotografi kerana aku tidak lagi mahu ada yang menambah luka di hati. BIarkan mereka terus mencaci dan menaburr kata-kata nista. Aku akan terus berusaha. Apa yang datang hari ini, aku akan jadikan pedoman di hari esok.

*Mr Akmal Adnan, gambar di atas adalah gambar bekas kekasih saya yang baru-baru ini telah melangsungkan majlis pertunangannya baru-baru ini.

*Kepada pasangan; Yusri & Rashimah, Tahniah & Selamat Bertunang. Semoga akan berkekalan ke jinjang pelamin. Tahniah.


Tuesday, 29-Apr-2008 10:56 Email | Share | | Bookmark
Super Mommy....

Super Mommy..


23 tahun lalu, tika itu zuriat yang di dalam kandungnya semakin membesar, si ibu tetap gigih mencari rezeki. Demi keluarganya. Demi anak yang di dalam kandunganya. Demi membantu suaminya. Demi mencari satu penghidupan yang lebih baik utk anak-anaknya di hari kelak.

23 tahun yang lalu, tika zuriat yang di dalam kandungannya itu sudah cukup sarat, si ibu tumpah darah. Walau si ibu kehilangan hampir separuh darah di dalam tubuhnya, nasib menyebelahi. Tuhan yang maha Esa telah menetapkan bahawa si ibu dan si anak akan terus hidup di dunia-Nya. 7 jam menantikan dengan resah dan gelisah, hati si ayah berbunga kembali.

18 tahun yang lalu, kerana mahu si anak menerima pendidikan yang sempurna, sanggup si ibu berjalan 1 km semata-mata mahu menghantar anak kecilnya itu ke Tabika. Dengan harapan, agar anak kecil ini berjaya nanti.

17 tahun yang lalu, ke tiga-tiga anak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Si ibu menitiskan air mata kegembiraan lantas di peluk erat semua anaknya. Bersyukur ibu kehadrat Ilahi. Kegembiraan si ibu tidak bertahan lama. Si ibu kehilangan ibu. Ibunda si ibu telah pergi sebelum sempat pembedahan membuang kanser di lakukan.

16 tahun yang lalu, saat si suami di berhentikan kerja, si ibu tetap setia di sisi memberikan sokongan dan semangat. Si ibu terus gigih membantu si suami mencari rezeki demi anak-anaknya.

15 tahun yang lalu, si ibu telah di kesan menghidap kanser. Allah Maha Berkuasa. Kanser si ibu baru di peringkat awal dan berjaya di sembuhkan. Di dalam keperitan, si ibu tetap terus hidup demi harapan dan cita-citanya untuk melihat anak-anaknya berjaya.

11 tahun yang lalu, ketika anak-anaknya sudah mula meningkat dewasa, sudah mula berubah cara, si ibu tetap melayan seperti biasa. Walaupun anaknya bersikap biadap, kurang ajar dan lupa jasa si ibu, tidak pernah sesekali si ibu lupa untuk menyanyangi si anak. Si anak meninggikan suara, memarahi ibu sewenang-wenangnya, apa jua si anak lakukan, si ibu tetap memasak dan membasuh pakaiannya seperti biasa. Tidak pernah si ibu lupa akan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

4 tahun yang lalu, si ibu mengalami gastrik. Kepedihan ulu hatinya dianggap biasa. Tidak lama selepas itu, si anak pula mengalami gastrik. Si ibu menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak menguruskan keluarganya dengan baik.

1 tahun yang lalu, gastrik si ibu kembali. Namun, ianya berlarutan. Si ibu menganggapnya remeh. Si ibu terus melaksanakan rutin hariannya seperti biasa. Berat badan si ibu terus susut dan susut. Si ibu berdegil bila di suruh ke hospital.
“Gastrik je,” itulah kata-kata si ibu bila di ajak ke hospital.

3 bulan yang lalu, si ibu tidak lagi boleh makan seperti biasa. Setiap makanan yang masuk pasti keluar. Si ibu kehilangan kira-kira 40 kg dalam masa 3 bulan. Si ibu tetap berdegil bila di ajak ke hospital. Bermacam jenis ubat telah di belikan. Hasilnya, sakit si ibu tetap sama. Namun begitu, tanggungjawab sebagai seorang ibu dan suri rumah tidak pernah sesekali di tinggalkan.

4 minggu yang lalu, susuk tubuh si ibu telah menampakkan perubahan. Berbagai cara telah si anak lakukan agar si ibu pergi mendapatkan rawatan. Setelah puas di pujuk, dipaksa, di marahi, si ibu akhirnya mengikut tuntutan anak-anaknya.

3 minggu yang lalu, setelah keputusan makmal keluar, sekali lagi ibu menjadi suspek kepada penyakit kanser. Tetapi, raut wajah Tuan Doktor menampakkan kerisauan. Pemeriksaan lanjut harus di lakukan. Si ibu pula berdegil lagi kerana risau dengan bayaran perubatan yang dikenakan Hospital Swasta. Sekali lagi anak-anaknya terpaksa memujuk si ibu. Si ibu mengalah. Pemeriksaan lanjut di lakukan.

2 minggu yang lalu, Tuan Doktor memanggil semua anak si ibu. Hendak di terangkan satu perkara. Air muka Tuan Doktor kelat. Terasa seperti berat hendak diluahkan. Si ibu di sahkan menghidap penyakit kanser usus. Pemeriksaan lanjut yang di lakukan, penyakit si ibu kini di peringkat ke-3, final stage. Kanser usus si ibu kini telah mula menyerang organ yang lain. Terdiam, terduduk anak-anak si ibu bila Tuan Doktor berkata begitu.

Esok, sepatutnya hari si ibu di masukkan ke Hospital Pakar Putri Johor Bahru untuk di bedah. Namun, hari ini, si ibu masih lagi berkeras untuk di bedah di hospital tersebut. Si ibu masih tetap dengan pendiriannya untuk ke Hospital Kerajaan.

Walaupun dalam keperitan dan kesakitan, si ibu tetap melakukan rutin hariannya seperti biasa dan tidak pernah si ibu merungut. Semuanya demi tanggungjawab sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang pengasuh, seorang yang begitu berharga di hati anak-anaknya…




---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya terlalu banyak jasa emak yang telah kami lupakan. Sudah terlalu banyak kekasaran yang kami lakukan. Ampunkanlah dosa-dosa anak mu ini emak. Semoga urusan emak di permudahkan dari karenah birokrasi yang sering melanda. Semoga Allah mengurangkan penderitaan yang emak alami. Kepada Puan Hajjah Tuminah Ngaidin, kami semua mendoakan yang terbaik untuk mu.

Amin….

Dari anak yang sering melupakan jasa dan pengorbanan mu.
Ridzuan Hakim Hj Hamim.

Selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu. Semoga jasa dan pengorbanan anda di rahmati Allah S.W.T. Insyaallah…

*lakukan yang terbaik untuk ibu dan ayah kita. tak terbalas jasa mereka kepada kita. lakukannya sebelum terlambat.

TIDAK KITA HARGAI SESUATU ITU SEHINGGALAH SESUATU ITU PERGI DARI KITA

Most recent comments... (In posting order)
salam akim.sgt hiba.tabahkan hati.sy phm perasaan awk,sy pn pnah melalui dugaan mcm ni.sama2 kita doakan yg terbaik.amin~ Tue 29-Apr-2008 16:34
Posted by:atyya at_enigma@yahoo.com  - [Link]
touching beb!! Thu 22-May-2008 13:51
Posted by:mOhawK=)


Tuesday, 15-Apr-2008 17:32 Email | Share | | Bookmark
Lorr.....

Kan aku dah kata aku bukan otai.....

Ko tak nak caya....
Nak tengok jugak...
Ahahaha!! Padan muka ko...
just kidding... happy surfing...
aku tak rajin upload r...
tak punyai banyak masa...


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.