Want your
own Fotopage?










 
it's about my pfoto n my broken english : Hakim Hj Hamim

By: hakim hjhamim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]
Monday, 3-Mar-2008 22:41 Email | Share | | Bookmark
Perut Ku Pedih!


*seekor burung sedang menikmati rezekinya di waktu pagi yang indah;
tatkala ada segelintir manusia yang terus terlena dek lamunan dan bisikan hawa nafsu

**captured using Kodak DCS Pro4N + Sigma 70-300 APO

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidaklah kita sedari yang terbaik itu di depan mata;
Sehinggalah ia pergi menghilang membawa diri;
Mencari satu destinasi untuk lebih di hargai.



Most recent comments... (In posting order)
nice pic.. looking forward for this August. Tue 4-Mar-2008 11:24
Posted by:aina a.k.a tunang sina


Saturday, 1-Mar-2008 22:32 Email | Share | | Bookmark
Berpindah??!!

Harap maklum,
Bermula dari saat ini; situs ini akan hanya menampilkan karya-karya yang lebih berunsurkan peribadi sang karyawan dan tidak lagi menjurus kepada hasil seni-foto-berbayar NASIHIMPIT Photografi.
Semua hasil seni-foto-berbayar NASIHIMPIT Photografi akan di tayang-siarkan di;

http://nasihimpit.blogspot.com/

Sekian, terima kasih!


Friday, 29-Feb-2008 07:31 Email | Share | | Bookmark
Fuaka!!

saya ada beberapa org rakan,
yang menjadi fotografer hanya untuk mengejar 'glamour'.
berada dalam keluarga yang kaya, yang mampu membelikan
sebuah DSLR terkini untuk anak kesayangan mereka.
buat fotografi secara sepenuh masa,
tapi buat main-main, buat suka-suka, ala kadar
(geram tol aku tgk! take for granted! barang complete set Canon tapi caj RM 150/roll!)
Camera pun tak jaga betul! Calar balar!!


My first camera - kamera filem 35mm biasa (yg klu nk amik gambar kena roll sendiri filem "Krek.. Krek.. Krek.." "Kletek"!) masa berusia 8 tahun/ darjah 2. Kenapa ayah saya belikan? Sebab selalu kacau dia nak amik gambar (slr - Konica AutoReflect). My first film - sebulan lebih selepas dapat camera. Duit sekolah - 50sen/hari. Nak kumpul bukan main seksa! 1st pict - ayah tgh cium pipi mak. Gambar itu ayah masih simpan dalam wallet dia (even da 15 tahun gambar tu) with a short note behind - 19 March 1993 - Ridzuan Hakim Hamim. Mana camera tu sekarang? Saya pun tak tau...

My first time guna slr - Konica AutoRelect, umor 12 tahun. Dapat duit raya, beli 3 roll Kodak; ISO100,200,400. Nampak macam bgs jer. Padahal tak tau pun menda apa 100-400 tu. Semua benda kena tembak. Sudahnya, time develop kat kedai kena kutuk ngan apek.. Cis. Tapi tak kesah pun, sebab minat sangat pada camera. Minat tu lost jap bila mana camera itu hilang tatkala abg saya study i.d. kat Manjung.

My first slr - Minolta (tak ingat nmbr siri)
My first dslr - Canon 350D
Nak dapat dua menda ni bukan men payah!
Sanggup beli meggi dua kotak besar kat Giant pasal nak guna duit PTPTN.
Sanggup makan megi kembang hari-hari time study dulu.
(sebab tu bengap sket dulu kot)

Bila camera Canon 350D saya hilang. Saya merajuk ngan camera. Taknak amik gambar langsung even ngan camera hp.
Sampai fotopages SN pun taknak masuk dah..! Merajuk habis!!
Until one day, tergatal plak nak tgk page SN. Terjumpa plak forum nih.
Cair.....! Berusaha lagi kumpul duit utk dapat camera baru - 300D aku yang da ketinggalan zaman berzaman!

Kenapa saya jadi Jurugambar Sepenuh Masa?
Suka saya ingin beritakan di sini, tidaklah saya Ridzuan Hakim Hj Hamim
menjadi seorang jurugambar sepenuh masa di kawasan jajahan takluk Tuan Putera Pawaka, Tuan Guru Didiz, Tuan Guru Ayares kerana ikut-ikutan, mahu pun ingin mengganggu gugat (sikit pun diorg tak rasa effect, diorang da super hebat) di kawasan jajahan takluk mereka.

Saya buat kerana minat yang mendalam.
Saya terlalu minat pada bidang fotografi ini.

Tak semua customer yang hired kita, buat kita happy. Cerewet. Leceh.
MACAM-MACAM HAL! Sama la dengan saya.
Sampai rasa nak pergi buat rumah pengantin pun rasa cam malas.
Tapi oleh kerana minat saya mengatasi segala-galanya,
bila start shooting, saya lupa masalah yg ada..
Saya lupa suma.. Sampai tak reti nak benti..

Quote:
Dalam setiap wedding, saya akan minum tak kurang 5 gelas air (air kenduri lah).


Saya tak akan makan until majlis habis. Itu cara saya. Kecuali da lapor sangat @ ada masa yang betul-betul terluang.
Minum tu yer la. Tapi klu shoot dalam cuaca redup, angin sepoi-sepoi bahasa, minum pum lupa!

Sori r merapek-rapek ni sbb bengang tadi tgn sorang kawan saya, anak org kaya, terlanggar camera dia sendiri, rosak, then call ;
"Mama, camera adik rosak... Macam mana ni.. Esok ada majlis nikah..."
"Kul baper majlisnya tu? Dah, balik umah sekarang. Kita pg Singapore"

Pengkhabaran terkini, tgh deal D300. Fuaka tol!!! Harga still RM150/roll

Sekian dari aku yang sedang kejelesan.... Arghhh...!!!!


Most recent comments... (In posting order)
oi bang.apsal layan jiwa yg lara ni.aku jemput ko pi umah aku tp ko x reply eh sms.takpe takpe.sabtu ni TT kat aliff xtra.wajib beb Mon 3-Mar-2008 17:42
Posted by:aj3k  - [Link]
sedih bila baca writing ko nie
aku percaya dgn segala perit jerih ko nie, ko pasti dpt ape yg ko impikan ...
jgn risau, rezeki ade di mana2
Fri 18-Apr-2008 16:35
Posted by:akmal  - [Link]
p/s : aku suke awek kat header ko ..
klu bukan awek ko kem slm eyy
Fri 18-Apr-2008 16:37
Posted by:akmal  - [Link]


Wednesday, 20-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Teaser ~ Tanty Masridah & Zafreal ~ Batu Pahat





Uhuhu... Was taken on 2nd February 2008. Ingat nak update semalam. Tapi seharian sakit perut... Adoiiiiii.........

*sorry for the poor image due to my stomach problem...


Tuesday, 19-Feb-2008 02:46 Email | Share | | Bookmark
DIY?? Creative or Sengkek??


Self taken pict using timer. Light source - Spotlight. Minor Editing.


Self taken pict using timer. Light source - Spotlight. Advanced Editing.
(aku tak suka editing aku yang ni...)


Looking into the fire. Light source - Candle. Editing - Add Noise.

All picts were taken last nite (4 am). DIY / minimum gadget was used (a candle, RM 50 spotlight & rough paper - to be burn!) Ahahaha... Actually i'm trying to get a self taken pose just light Jay Chow in Kungfu Dunk. Nak buat sorang-sorang... Tapi bila da rasa susah, panggil lagi sorang mintak tolong shoot. Sudahnya gambar yang nak shoot tak dapat, gamabr lain plak jadi.. Ahaha... Banyak yang aku shoot semalam tapi malas nak upload... Tgk la klu rajin nanti aku tambah...

All shot that nite were take by Myself, Farouq, Zami, Zizan.


Tuesday, 29-Jan-2008 18:09 Email | Share | | Bookmark
Berehat Seketika!



Before my first wedding job in 2008, saje melepak-lepakkan diri ngan member-member aku. Layan tgk wayang. Alien Vs Predator II. Quite boring...
Tapi aku tak ble tahan r bile aku tgk citer tu sambil berangan nak try shoot gambar pengantin pakai outfit alien or predator.. Then suddenly, aku tekejut sambil terjerit "O mak kau tekejut!!".
Ahahahaha!! Kuat plak tuh! Member-member aku suma gelak giler vavi.. Siot r!!!
Adeh... Tak ble tahan tul.... Dah sampai ke sudah aku jadi bahan...
Cis!! Hampeh tul la.. After that we'll suma layan makan+gelak kat Payung Sri Skudai
Sampai umah je otak rasa relax, tenang n macam-macam idea baru yang boleh apply on the next wedding.. Ahahaha!!

Tapi pas ni tah bila la baru aku boleh hapdet... Kompom bz giler... Huuuh!
Ni la manusia, tak pernah rasa puas... Biler takder job, mengeluh. Tapi bila job datang mencurah-curah pun mengeluh jugak! Ya Allah! Ingatkanlah hamba mu yang sorang ni....

BTW, the picture above is my friend Mr. Sapu aka Safuwan & Miss Zila. Ex-student of UTM Skudai, n now working with UTM Skudai. * tahun eh?? Hahahaha!!! They were taken in a very low light situation, just in front of the cinema. Takkan nak guna flash plak... So, i just boost up the ISO, let my arm be a very sturdy monopod - kit lense maa.. Then convert it into black n white..
Wish all of u (n me too) me gonna get a better day tomorrow!

Most recent comments... (In posting order)
Aiseh... Apsal aku tgk kat pc lain gelap pulak nih..... Sun 17-Feb-2008 22:02
Posted by:Owner FP
muhaha..sindrom pejam mate=p Mon 18-Feb-2008 09:35
Posted by:mOhawK


Sunday, 20-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Tenangkan Otak Anda!!!



Lately otak aku kusut dan serabut dengan perkara yang tak patut d kenang...
Cis!! Hampeh tul! n wut did i do when my head full of 'berus periuk' is Lepak minum-minum kopi yang berharga RM 4.00 ($(%&&@!!!) kat Danga Bay sambil layan live acouistic band for 3 hours...
Dari jam 10 lebih sampai kul 1 am.. Wahahaha!!!
Lama tapi tak bosan... Enjoy gilak!!! Besh woo...
Suara diorg tu suma mantap deh!!!
Pas aku layan kepala sambil abiskan duit kat sana mesti aku tenang balik...

The photo was shoot in a dark area but lighted by a candle in a cup... (tah la apa namanya..)
With ISO 400, 50mm lense pinjam, Manual mode + hand held.
The F stop was set at the highest point - f1.8.
Layan kopi ais lak aku malam tuh... Gilos!
Kalau nak layan ngan aku malam minggu, call la aku; Akim - 012 775.6679.
Ble aku test camera korang... Lagi best klu korang bawak camera pns... Aku nak test pns in dark places...
Klu aku tak berada di luar kawasan, insyaallah aku join.


Tuesday, 8-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
SaifulNang / Candid Syndrome - Open Post Utk Junior Photog!!!!

Alhamdulillah, da 2 hari aku berjaya buat apa yang aku nak buat..
Tuhan je la tau betapa tenang nya hati aku lepas buat semua tuh...
I'm @ Mamak Taman Suria lg. Tgu client... Lepas bbrp hari tak dapat nak online,
hari ni barudapat online lagi.
Bila bukak PS, the terbaca thread dr SaifulNang. Ya Tuhan..
CS tgh cari Junior Photog utk d training... Hati aku trus berdebar...
Ni macam peluang baik utk aku belajar macam mana Idola aku tu bekerja...
Hmm... Macam nak apply.. Tapi macam2 aku terpikir...
Mampu ke aku? Cukup hebat ke aku..? Yup! Dari 1000 org yang hantar, macam mn aku nak buat diri aku terpilih. OMG.....
Mmg aku sangat-sangat kekurangan.. But tonite, aku akan cuba laksanakan apa yang aku termampu... Upload gambar-gambar paling best aku!!

Actually, dari dalam keta tadi aku dok terpikir nak time kasih pada org-org yang buat aku untuk majukan diri aku + bagi semangat + patahkan semangat..

Thx to Din, my best friend yang banyak bagi semangat + dorongan + kutukan (cis!) + org yang selalu push aku macam2 la... Lu mmg hero! Suma yang baca blog nidoakan lu jumpa aweq yang lu idam2kan... CUN, PUTIH, TINGGI! AMIIIN...

Kepada yang telah mematahkan semangat aku utk hidup, yang beri harapan palsu, yang selama ni menghalang usaha aku, yang pernah sayang aku, yang pernah benci aku,

Arghh!!! Bateri Laptop aku abis!!!

Most recent comments... (In posting order)
dude...
teruskan perjuangan ko.
semoga sukses.amin..

p/s:job 2hb ko kat BP aku nak tag along bley?
Mon 28-Jan-2008 05:29
Posted by:shadi3  - [Link]


Sunday, 6-Jan-2008 00:02 Email | Share | | Bookmark
Tahun Baru....???

Aku skang ni tengah tunggu client kat Restoran Alif Taman Suria. Berjaya sampai lebih awal dari client. Selalu kantoi, arini baru sukses.. Hohoho..
Aku ada terbaca Petua Untuk Berjaya Datuk Lim Goh Tong;
salah satunya ialah datang 10 minit lebih awal dari yang di janjikan...
Padan la aku belom berjaya lagi.. Asik datang 10 minit lewat dari temujanji...

Hari ni hari ke 6 dalam tahun baru, tapi apehal tak ada perubahan lagi diri aku nih!! Adoinya...
Hmm.. Selama 23 tahun aku hidup sebagai manusia di muka bumi Allah ni, tak pernah pun aku ada azam tahun baru.. Klu dulu cikgu tanya pun, aku jawab pasal cikgu suruh jawab..

"Tahun ni saya berazam untuk belajar rajin-rajin cikgu!"
"Saya nak jadi anak yang baik cikgu!"
"Tak nak malas-malas lagi cikgu!"
"Nak belajar pandai-pandai biar boleh masuk Universiti cikgu!"
"Azam tahun ni saya nak capai azam saya tahun lepas cikgu!" Zass!! Laju jer cikgu aku rotan!! Hahaha...
"Azam saya sama macam dia cikgu!" Zass!! Lagi skali aku kena rotan!! Hahaha.. Tapi aku tak ngadu kat mak aku pun aku kena rotan. Tak macam budak-budak skrg. Mengada-ngada lebih..!

Tu suma azam aku bila cikgu aku tanya dulu. Huhuh... Tu suma zaman-zaman ntahapehapentah... Dalam kepala nak enjoy jer.. Buat kerja apa pun la nk main-main jer.. Janji hati senang.. Aper la aku ni..

Sekarang baru la aku nak sedar, Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah. Tahun ni apa azam aku?? Aku lupa!! Ish.. Kalut la aku ni.. Come on bebeh..! 2008!!! Umoq makin lama makin naik... Bukan maintain...!! Baru masuk hari ke 6 aku da lupa apa azam aku... Huhuhu..
Hmmm....

*A-Picture-A-Day
*Fokus!
*Fikir sblm cakap!
*Jangan malas lagi!
*Mula bayar duit PTPTN!
*Capai semua target di atas..!
(mampu atau tidak, akhir tahun nanti baru tau nanti...)

29 December 2008, aku letak 1 misi aku, sebelum umur aku 28 tahun, aku mesti berjaya mengatasi En Saiful Bin Nang! Tapi, malam semalam aku baru terpikir how to expand business aku.. Dan malam semalam baru aku sedar bahawa nak mengatasi beliau bukan mudah!! Dan malam semalam jugak baru aku sedar bahawa kenapa ramai usahawan Melayu ramai yang kecundang dalam perniagaan. Jawapan yang aku rasa ialah Business Plan / Rancangan Perniagaan. Di sinilah kita tetapkan ke mana hala tuju syarikat & DIRI kita nak pergi.. Ada juga yang buat business plan nih, tapi matlamat yang di tetapkan tu tak realistik.. Dan ada kalanya bila matlamat tu dah berjaya di capai, kita lupa diri! Ayah selalu tulis kat dalam buku nota dia (my dad klu pergi ceramah agama, dia mesti bawak buku nota utk catit perkara penting),

INGATLAH TUHAN KETIKA WAKTU SENANG,
NESCAYA TUHAN AKAN INGAT KAMU KETIKA WAKTU SUSAH.


Tapi biasalah, manusia, termasuklah aku, ingat tuhan bila time susah je....
Siapa Encik Saiful Nang???
Beliau adalah idola aku & beliau yang menyedarkan aku dari dunia ntahapehapentah aku.. Beliau merupakan seorang usahawan Melayu di dalam industri Fotografi (majoring in Wedding) yang kini sedang meningkat naik dengan berbekalkan sebuah Kamera Filem Pinjam! pada permulaannya.. Beliau yang pernah kecundang satu ketika dahulu kini bangkit dan terus bangkit. Industri Fotografi Perkahwinan yang satu ketika dahulu boleh di katakan di pandang enteng kini mula mendapat perhatian! Usaha tanpa henti beliau kini mula membuahkan hasil dan beliau kini masih belum puas untuk mengejar kejayaan demi kejayaan...

Org mungkin tanya aku, ko kenal ker SaifulNang tu? Ko selalu ker lepak ngan SaifulNang tu. Hahaha!! TIDAK! Aku baru TT ngan dia sekali jer. Tapi aku tak banyak cakap sebab aku sangat segan ngan dia! Walaweh!! Klu ko jumpa idola kau pun mesti segan gilak!! Dia da success, tapi ko baru nak merangkak.. Sama la macam aku! He's very humble guy.. Relax aja... But i'm respect n always wondering how did his brain generate income!

Smart Thinking - Hardwork = Pemalas r tuh...
Smart Thinking - Planning = Serabai!
Smart Thinking Only = Bodoh sebenarnya.. Tau cakap jer...
Smart thinking - Hard work = Buat penat badan jer...

So,
Hard work + Smart Thinking + Proper Planning = Success!

How did i know SaifulNang??! 4 years ago klu tak silap, in March 2005, masa minat aku pada fotografi datang balik (during my practical session @ Putrajaya International Convention Centre), aku rajin online - biasa r! Gomen! Then 1 day tah macam mana tah aku boleh terbukak 1 fotopages ni. "Aik, lain macam jer mamat ni shoot gambar" "Ish! Naper dia ni amik gambar best giler" Aku terus letak kat Favourite. Hari hari mesti tgk... Back then, he isnt famous yet, tapi sejak dari tu, aku mesti tgk page dia setiap hari sampai hari ni untuk tgk latest update dari dia!

2007 - 2005 = 2 tahun
1 tahun = 365 hari
2 tahun = 730 hari
1 hari, atleast aku view 2x, pagi sekali, petang sekali, (kecuali aku demam, aku tak bukak la..)
730 x 2 = 1460
1460 - 10% = 1314 kali

Yup! U C.... its more the thousand times! Hohohoo.... Banyak taw!!
BTW, mlm semalam buat aku sedar, nak dapat RM 1 juta dalam masa 2 tahun macam yang beliau lakukan bukan senang.... Susah gila!! Kalau;
RM 1 000 000 bahagi 2 tahun = RM 500 000
RM 500 000 bahagi 12 bulan = lebih kurang RM 41 667
So, bayangkan macam mana nak dapatkan RM 41 667/bulan,
TAPI itu bukan mustahil! SaifulNang da buat la beb!!!
Huhuh.. Giler r MISI aku...!!
Berjaya dalam sebelum umur 28 tahun... Lawan SaifulNang..
Mampukah aku...??
Hanya Allah yang tahu...
Usaha + Doa + Solat + Berkat ibu ayah + Tawakkal = InsyaAllah...

Aku nak fulltime dalam fotografi ni da lama. tapi banyak sangat halangan..
Yang itu cakap macam ni la.. Yang ini pulak kutuk macam ni la..
Sampai kena "tinggal" beb!! Hahaha... Wut so ever la..
Lantak kau la labu... Jangan satu hari nanti ko menyesal bila jumpa aku lagi sudah!
Biarlah kau nak pandang enteng dengan cita-cita aku ni..
Biarlah kau nak hina aku dengan jalan yang aku pilih..
Buatlah apa yang kau rasa kau patut buat! Yeah!
Aku Takkan Biarkan 'Anasir' Luar Menghalang Kejayaan Aku!
Dan aku pernah di sindir dengan seorang Photographer Otai,
Gila r ko ni nak buat fulltime, aku yang da cukup equipment ni pun tak berani lagi...
Heheheh... Walaupun aku pedih dengar time tuh, senyum tetap senyum...
Xper la bang... Saya belum ada komitmen lagi... Aweq pun tak da lagi.. Tu yang berani tu...

KALAU NAK ADA MODAL, SAMPAI BILA PUN TAK AKAN ADA
TAKUT? SAMPAI BILA PUN TAKUT
-rushdi a.k.a. didiz-

Tak apa lah.. Lantak la apa orang nak maki, nak kutuk, nak caci, nak hina, nak ngumpat, nak cakap, bukan korang yang tentukan rezeki aku. Allah yang bagi... Kita tak akan tau masa depan kita macam mana... Korang buat je la apa korang nak buat, usaha itu yang penting...

Apa aku nak buat balik ni eh? Hmm...

* Siapkan album pengantin cepat-cepat..
* Siapkan business plan cepat-cepat..
* A-Picture-A-Day (bila mau start!)
* Business Card kasi print esok / lusa...

An extra for readers....
Formula Gila Aku Untuk Berjaya:

- Kurangkan tido
- Lebihkan doa
- Lebihkan isap rokok
- Lebihkan berfikir
- Lebihkan senyum
- Buat apa nak buat
- Jangan kacau orang
- Kurangkan berfoyefoye
- Jangan lupa bayar bil api air umah mak ayah
- Banyakkan tgk Astro
- Tenangkan hati
- Lupakan kisah lama, mulakan yang baru!

Yeah! Tomorrow will be my new day! Now i feel the heat of The New Year!
Hahaha!! Setelah sekian lama menunggu, datang pun my bakal client aku!
Harap-harap dia pilih aku! Boleh aku g Kedah!!!!! Yeay!!! Orang-orang Kedah!
Hang tunggu aku naa...!! Aku nak g shoot kat tempat korang!!

Most recent comments... (In posting order)
dah lame xupload pix eh...bz rupe nye...
wish u luck...all the best...Insya'Allah..
Tue 12-Feb-2008 12:57
Posted by:ekin cikinot  - [Link]


Thursday, 29-Nov-2007 06:21 Email | Share | | Bookmark
Mashitah & Mozammir [Rumah Limas - Danga Bay, Johor Bahru]

Sebagai seorang yang agak kacak dan agak aktif, yang amik gambar macam James Dean, pada 25 November 2007, aku dapat shooting wedding kat Rumah Limas, Danga Bay.
Dinner tu mmg best gilak sebab semuanya best!! Giler r... Masyuk beb.... Petang tu hujan sket, tapi tada hal la....
A few pic utk tatapan sementara




Hehehe... Asik down to earth jerk! Up satu kali!! Thx kpd semua yang mengomen...!!! Wed 12-Dec-2007 16:20
Posted by:Owner FP
sabar sabar sabar lah k.... diaorang jeles je tuer....good luck bros Tue 8-Jan-2008 17:51
Posted by:ocean  - [Link]
Ahahaha!!! Kepada Jerry, aku baru jer trace iP ko....
Hmm... Kalau la aku nak amik tindakan lanjut kat ko ni dah boleh sangat la...
Tak per la... Sukati la ko nak buat apa pun....
Ingatkan rumah bunglow tadi, boleh gak aku saman kaw-kaw...
Klu tu la kan, tak per la....
Sun 17-Feb-2008 22:14
Posted by:Owner FP
View all 16 comments


[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.